Selamat datang, Login   Daftar Anggota Panduan   Tentang Kami   Standar Penulisan
                    
 
HINDARI PENIPUAN. BACA TIPS BERIKUT SEBELUM BERTRANSAKSI  
   2014-07-29 01:26:59 Kontak admin: agromaretweb[at]gmail[dot]com   
beranda harga komoditi jaringan supplier saung agromaret
 
Supplier
AHMAD NIZAM
Selangor / Telp/ Hp: / +60125245002
Mesin Penetasan Telur Ayam dan Burung - Manual & Automatik
 Jun 4, 2010 11:14:32
Automatic Forced-Air Incubator adalah produk terbaru kami, ciri-cirinya yang unik seperti ringan, tahan lasak dan mudah digunakan tidak terdapat pada incubator lain di Malaysia. Pengalihan telur secara automatik dipermudahkan dengan penggunaan pepasangan motor elektrik dan rak pemutar telur menjadikan kerja memutarkan telur sangat bersistematik. Ini dapat mengelakkan kehilangan wap air dan haba dalam incubator jika kita kerap membuka incubator untuk tujuan mengalihkan telur. Seterusnya ia juga dapat menjimatkan elektrik !

. Automatic Forced-Air Incubator adalah sejenis incubator yang beroperasi menggunakan prinsip pemanasan telur menggunakan udara bergerak atau berolak. Ini bermakna pengaliran udara di dalam incubator adalah secara perolakan dibantu oleh kipas penghembus. Oleh itu pengagihan suhu dalam incubator adalah lebih baik dan seragam kepada semua telur-telur yang dieram. Ini seterusnya akan memaksimakan peratus penetasan telur-telur tersebut.

Automatic Forced-Air Incubator direka untuk memaksimakan penetasan di kalangan telur-telur yang cukup sifatnya dan tersenyawa dengan baik. Ia sesuai digunakan untuk menetaskan telur-telur ayam kampung, itik, puyuh, ayam belanda, ayam serama, ayam api-api, ayam serama, itik telur, itik muscovy, angsa, merak, kuang, puyuh Bobwhite, puyuh Coturnix dan merpati.

Bahan Automatic Forced-Air Incubator dipilih berdasarkan kekukuhan dan ketahanan jangkamasa panjang terhadap haba dan kelembapan. Selain kukuh dan tahan lasak, Automatic Forced-Air Incubator juga ringan dan mudah dioperasikan.

Keistimewaan Automatic Forced-Air Incubator keluaran syarikat kami :

1. Dilengkapi dengan Pengawal Suhu / Thermostat buatan Italy ( Jenama C.A.E.M. ) dengan ketepatan 1 darjah Celcius.

2. Mempunyai kipas/blower bagi memastikan semua telur menerima haba yang seragam.

3. Direkabentuk untuk spesis-spesis unggas biasa dan unik.

4. Terbukti menetaskan telur ayam kampung, itik, ayam belanda, ayam serama, ayam api api, ayam serama, itik telur, itik, muschovy, angsa, merak, kuang, puyuh Bobwhite, puyuh Cortunix dan merpati.

5. Dibekalkan dengan Termometer Digital yang berketepatan tinggi dan mudah dibaca bagi memantau bacaan suhu incubator.

6. Rak alihan telur automatik dengan bantuan motor elektrik disediakan bagi memudahkan telur dialih secara serentak dan sekerap yang mungkin dalam tempoh 24 jam.

7. Tetingkap pantauan lutsinar .

8. Kabinet plastik yang kukuh, ringan, mudah dibersihkan dan tahan lama.

9. Mudah digunakan dan disertakan dengan Buku Manual Penggunaan yang lengkap.

10. Menjamin peratusan penetasan yang tinggi dengan gabungan komponen-komponen berkualiti standing dengan produk luar negara.

11. Muatan berkapasiti 100 biji telur ayam kampung.

12. Khidmat nasihat selepas jualan disediakan PERCUMA.

Lawati website saya di
http://nizamspace.tripod.com/ atau
http://anizamagrofarm.blogspot.com/
 
 
Komentar Anggota
arif hadi, 2010-08-12 22:48:28
mana price listnya....???
Form Komentar (Silahkan login untuk memberikan komentar)
Komentar/ Pesan :
Kode Validasi :
CAPTCHA Image Reload
Ketik tulisan yang muncul pada gambar di atas
  
Statistik Supplier
Tanggal bergabung: Jun 4, 2010
Jumlah penawaran: 0
Jumlah komentar: 0
Kontribusi info harga: 0
Penawaran lainnya
[Jual] Mesin Penetasan Telur Ayam dan Burung - Manual & Automatik
Copyright@2011 agromaret.com